Saturday, January 22, 2011

Silver Bullet

Retail Price: RM109.00 Member Price: RM99.00

Pakar-pakar membuktikan bahawa kita semua mempunyai sel-sel yang mengalami kecederaan dan menjadi rosak. Mujurnya badan kita mempunyai sistem pemulihan semulajadi untuk memulihkan sel yang rosak atau menyingkirkan sel-sel tersebut melalui sistem imum sekiranya pemulihan tidak dapat dilakukan.

Namun, kecekapan sistem pemulihan sel dan sistem imum semakin menurun disebabkan oleh pengumpulan toksin dalam badan. Setiap hari, kita terdedah kepada toksin daripada udara, makanan, air dan tekanan. Di antaranya, toksin yang utama adalah daripada sisa metabolisma badan dan toksin lain yang dihasilkan oleh badan sendiri.

Akibatnya, sel hilang perlindungannya dan kerosakan menjadi semakin ketara. Tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit mula menonjol dan akhirnya membawa kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit kanser.

Silver Bullet dapat memberi perlindungan untuk sel anda!
Silver Bullet ialah super-campuran ekstrak daripada makanan semulajadi yang telah dibuktikan mempunyai keupayaan melindungi sel dan mencegah kanser. Campuran ini adalah antioxidan yang kuat, maka dapat mencegah penyakit dan mengembalikan keupayaan diri untuk melindung, menumbuh dan memulih semula. Ia dapat mendorong sistem imun untuk menyingkirkan sel kanser and merupakan pendorong kesihatan yang dapat membantu seseorang untuk menjadi lebih aktif, sihat dan bertenaga.

Kandungan
• Roselle (Hibiscus sabdariffa)
• Beetroot (Beta vulgaris)
• Ekstrak Graviola (Annona muricata)
• Ekstrak Betik
• Ekstrak Pisang

Kebaikan
• Mencegah kerosakan sel
• Menggalakan pemulihan sel
• Mencegah kanser
• Membantu dalam penyakit degeneratif seperti penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, rheumatoid arthritis dan lain-lain.

Masukkan 1 uncang Silver Bullet ke dalam 260ml air.
Minum 1-2 kali sehari sebelum makan.

download Click to download pdf file.

CryoBac 1-6-3

Retail Price: RM138.00 Member Price: RM128.00

Menurut pakar-pakar kesihatan dunia, penyakit kanser dijangkakan akan mendahului penyakit jantung dan menjadi pembunuh nombor 1 pada tahun 2010! Menurut laporan dari National Cancer Registry tahun 2002, 1 daripada 5 orang rakyat Malaysia dijangka akan menghidapi penyakit kanser sepanjang hayatnya. Kanser kolorektal adalah kanser yang paling kerap dihidapi oleh kaum lelaki dan kedua kerap bagi kaum wanita.

Kajian-kajian telah menunjukkan probiotik boleh mencegah kanser. Flora usus yang seimbang dapat menghasilkan sistem pencernaan yang sihat. Tetapi, gaya hidup kini dan tabiat pemakanan yang tidak sihat mengakibatkan pertumbuhan bakteria-bakteria berbahaya dalam usus. Bakteria berbahaya yang berlebihan akan menyebabkan bahan-bahan toksik meresap masuk ke dalam darah, mengakibatkan toksin kepada badan lalu mengakibatkan masalah-masalah penghadaman seperti: sembelit, cirit-birit dan kembung perut. Masalah pencernaan yang kronik akhirnya akan mengakibatkan kanser! Probiotik membantu untuk mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya, melegakan masalah sistem pencernaan serta mencegah kanser. Untuk menjaga kesihatan sistem pencernaan anda, probiotik merupakan pilihan bijak anda!

Terdapat banyak probiotik di pasaran, adakah anda memilih probiotik yang betul? Adakah ia berkesan? Kebanyakan probiotik di pasaran akan terbunuh semasa melalui saluran penghadaman. Dengan adanya teknologi Cryo Protection, Cryo-Bac 1-6-3 ianya terbukti secara klinikal dapat menyampaikan probiotik yang aktif ke usus dan kolon kita. Cryo-Bac 1-6-3 memperoleh probiotic dari susu manusia. Oleh itu, keserasiannya terhadap badan kita terjamin! Cryo-Bac 1-6-3 memang berkesan kerana ia menghantar probiotik yang betul dengan kuantiti yang cukup ke tempat yang sesuai!

Fungsi-fungsi:
• Mengekalkan flora yang seimbang dalam usus
• Mengurangkan masalah sistem pencernaan dan sembelit
• Mencegah pertumbuhan bakteria berbahaya seperti: E.Coli, Salmonella, H.Pylori dan sebagainya
• Membantu dalam penyerapan nutrien
• Meningkatkan sistem imun

Cryo-Bac 1-6-3
1- satu-satunya jenis formula yang tersendiri dari Eropah!
6- 6 strain bakteria baik yang berasal dari manusia.
3- 3 zon yang penting (Kuantiti yang cukup! Bakteria baik yang betul! Saluran yang sesuai!)

Cara penggunaan:
Ambil satu kapsul sebelum makan, dicadangkan makan semasa perut kosong iaitu pada waktu pagi ataupun sebelum tidur.

Click to download pdf file.

Dermi 8 Enriched

Retail Price: RM188.00 Member Price: RM168.00

Setiap orang menitik beratkan masalah penuaan seperti bintik hitam, kedut, garis halus, pigmen, jerawat dan sebagainya bagi mengekalkan keremajaan kulit untuk tampak sihat dan muda bercahaya.

Tidak dapat dinafikan, terdapat banyak produk kecantikan dan rawatan perapian di pasaran sekarang. Tetapi bagi mengekalkan kecantikan seri wajah yang berpanjangan, penggunaan produk makanan tambahan adalah lebih penting. Kini, Insaan memperkenalkan satu formula istimewa di mana ianya dapat membantu memulih keadaan kulit dengan meningkatkan kolagen dan tahap anti-pengoksidaan.

Proses pembaharuan sentiasa berlaku di badan kita, tetapi peningkatan usia menyebabkan kulit kita hilang keupayaan untuk menukar kolagen yang lama. Proses pembaharuan yang perlahan ini mengakibatkan garis halus, kedut serta kulit kelihatan tidak bermaya. Dermi8 membawa kesan anti-penuaan dengan bertindak sebagai pelindung untuk kelembapan serta kekenyalan kulit bagi menghasilkan kulit muda berseri dan sempurna.

BAHAN UTAMA:
• Sarang burung
• Kolagen ikan
• Asid Hyaluronic (HA)
• Serbuk mutiara
• Kolostrum
• CoQ10

KELEBIHAN:
• Kulit lebih bermaya, halus, lembut, anjal dan berseri
• Menjadikan kulit tampak muda
• Kesan pemutihan
• Mengurangkan kedut dan garis halus
• Anti-penuaan
• Kulit bersinar

CARA PENGGUNAAN:
Masukkan 1 uncang Dermi8 ke dalam 150ml air, minum 1-2 kali sehari sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur.

Click to download pdf file.

Shape8 Enhanced


Retail Price: RM350.00 Member Price: RM330.00

Shape8 merupakan produk Insaan yang berasaskan kecantikan dan kesihatan. Shape8 bertindak membuang lebihan sisa dalam badan dan meningkatkan metabolisme. Bahan bagi menghasilkan Shape8 adalah semulajadi dan tanpa bahan pengawet.

FUNGSI:

1. Bertindak sebagai penyahtoksikan
• Mengeluarkan lebihan toksik dalam badan
• Membina dan membersihkan sistem pencernaan dalam badan

2. Mengurangkan berat badan
• Produk penghalang karbohidrat
• Mengurangkan selera makan
• Mempercepatkan pengoksidaan lemak
• Membantu glikogen sintesis

3. Mengelakkan penyakit kronik

BAHAN UTAMA DAN FUNGSINYA:

1. Ekstrak Kacang Buncis Putih
• Mengurangkan penyerapan kalori dari karbohidrat

2. Asam Gelugur Cambogia (Asid Hydroxycitric, HCA)
• Menahan selera makan
• Menjana pembakaran lemak
• Menyekat karbohidrat yang berlebihan daripada membentuk lemak

3.Ekstrak Teh Hijau
• Mengurangkan tekanan darah
• Membantu pengaliran darah yang baik

4.Psilium
• Melegakan sembelit, sindrom perut sensitif, buasir
• Mengurangkan kolestrol dan lipoprotein ketumpatan rendah dalam badan

5.Nanas
• Mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi (kalsium, kalium, serat, dan vitamin C)
• Menahan batuk, menghilangkan mukus

6.Limau
• Bertindak sebagai anti-pengoksidaan
• Mengelakkan artritis tulang

SESUAI UNTUK:
• Pengguna yang ingin mengurangkan berat badan tanpa senaman atau menyekat pema kanan.
• Pengguna yang gemarkan makanan berkarbohidrat tinggi dan berlemak.
• Pengguna yang mengamalkan gaya hidup kurang aktif (tenaga yang diambil lebih banyak dari tenaga yang dikeluarkan).

* Tidak sesuai bagi ibu mengandung, pesakit jantung, gastrik, dan kanak-kanak di bawah 12 tahun.

CARA PENGGUNAAN:
1. Tuangkan 1 uncang Shape8 ke dalam 250ml air, kacau dan minum segera. 2. Minum 1-2 uncang sehari, 1 uncang pada waktu pagi dan 1 uncang sebelum makan malam.
3. Minum lebih banyak air dan makan buah-buahan yang banyak.
4. Dinasihatkan supaya mengambil secara berterusan sekurang-kurangnya 1 bulan. Keberkesanan akan diperolehi dalam jangka masa 3 bulan.

Click to download pdf file.

Enzy8 Enriched

Enzy8 Enriched

Retail Price: RM93.00 Member Price: RM85.00

Cara kehidupan yang sibuk telah mempengaruhi tabiat pemakanan harian kita. Kita sepatutnya mengambil makanan yang kaya dengan enzim seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar tetapi kita telah mengambil makanan yang dimasak atau diproses secara tidak sihat seperti makanan segera dan makanan dalam tin. Makanan yang diproses ini tidak mempunyai enzim!

Enzim sangat penting kerana ia mampu bertindak sebagai kunci bagi menjana fungsi metabolisme dalam badan kita. Badan kita membekalkan enzim yang terhad, ianya akan berkurangan sekiranya kita mengambil makanan yang tidak mengandungi enzim. Semakin meningkat usia, enzim penghadaman dan enzim metabolisme dalam badan kita turut terjejas. Oleh itu, adalah penting untuk kita mendapatkan makanan yang mengandungi enzim penghadaman dalam diet seharian. Proses penghadaman yang tidak sempurna akan menyebabkan masalah usus dan toksik yang beracun dalam badan kita. Ini mengakibatkan hati kita terpaksa bertindak lebih kuat untuk menyahtoksikkan makanan tersebut yang diambil seharian.

Enzy8 adalah sangat penting bagi kesihatan badan kita kerana ia membekalkan enzim penghadaman dan juga prebiotik dan probiotik. Ianya bertindak sama untuk meningkatkan proses sistem penghadaman dan memastikan perut dan usus besar berkeadaan baik, bersih dan sihat.


BAHAN UTAMA:
• Enzim
• Probiotik: Laktobasilus
• Prebiotik: Inulin Oligosakarida
• Kolagen
• L-carnitine
• Extrak biji anggur
• Extrak kulit pinus
• CoQ10


KELEBIHAN:
• Mengurangkan berat badan
• Membantu sistem penghadaman yang baik dan saluran pencernaan yang lebih sihat
• Membantu penyahtoksikan dalaman
• Meningkatkan keanjalan kulit
• Sesuai bagi pesakit kencing manis
• Mengoptimumkan pH dalam darah


CARA PENGGUNAAN:
Masukkan 1 uncang Enzy8 ke dalam 260ml air. Minum 1-2 kali sehari selepas makan.

Click to download pdf file.